GOLDINA INTERNATIONAL SDN BHD (941410-K). HAK CIPTA TERPELIHARA.

Dasar Privasi

Tarikh berkuatkuasa: Januari 26, 2020

 

Goldina International Sdn Bhd ("Goldina International ", "kami”) mengendalikan laman web www.goldina.com dan aplikasi mudah alih GOLDINA ("Servis").

 

Laman ini memberi maklumat kepada anda tentang polisi kami berkenaan pengumpulan, penggunaan, dan pendedahan maklumat peribadi apabila anda menggunakan Servis kami dan pilihan-pilihan yang anda telah kaitkan dengan maklumat tersebut.

 

Kami menggunakan maklumat anda untuk memberi dan menambah baik Servis. Dengan menggunakan Servis, anda membenarkan pengumpulan dan penggunaan maklumat selaras dengan polisi ini.

Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat

Kami mengumpul beberapa jenis maklumat untuk pelbagai kegunaan untuk memberi dan menambah baik Servis kami kepada anda.

Jenis-jenis Maklumat yang Diambil
Maklumat Peribadi

Ketika menggunakan Servis kami, kami mungkin meminta anda untuk memberikan maklumat peribadi tertentu yang boleh digunakan untuk menghubungi atau mengenal pasti anda ("Maklumat Peribadi"). Maklumat peribadi termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

•     Alamat emel

•     Nama pertama dan nama keluarga

•     Nombor telefon

•     Alamat, Negeri, Daerah, Poskod, Bandar

•     Cookies dan Penggunaan Maklumat

Penggunaan Maklumat

Kami juga mungkin mengumpul maklumat yang dihantar pelayar anda setiap kali anda melawat Servis kami atau ketika anda mencapai Servis dengan atau melalui peranti mudah alih ("Penggunaan Maklumat").

 

Penggunaan Maklumat ini mungkin termasuk maklumat seperti alamat Protokol Internet komputer anda (cth. alamat IP), jenis pelayar, versi pelayar, laman Servis kami yang anda lawati, masa dan tarikh lawatan anda, jumlah masa yang dihabiskan pada laman tersebut, pengenal pasti unik peranti dan maklumat diagnostik lain.

 

Apabila anda mencapai Servis dengan atau melalui peranti mudah alih, Maklumat Penggunaan ini mungkin termasuk maklumat seperti jenis peranti mudah alih yang anda gunakan, ID unik peranti mudah alih anda, alamat IP peranti mudah alih anda, sistem operasi mudah alih anda, jenis pelayar Internet mudah alih yang anda gunakan, pengenal pasti unik peranti dan maklumat diagnostik lain.

Penjejakan & Maklumat Cookies

Kami menggunakan cookies dan teknologi penjejakan yang sepertinya untuk menjejak aktiviti pada Servis kami dan memegang maklumat tertentu.

 

Cookies adalah fail dengan jumlah maklumat yang kecil yang mungkin termasuk pengenalpasti unik rawak. Cookies dihantar pada pelayar anda dari laman web dan disimpan di dalam peranti anda. Teknologi penjejak juga menggunakan beacon, tag, dan skrip untuk mengumpul dan menjejak maklumat dan untuk menambah baik dan menganalisis Servis kami.

 

Anda boleh mengarahkan pelayar anda untuk menolak semua cookies atau untuk menunjukkan apabila cookie dihantar. Bagaimanapun, jika anda tidak menerima cookies, anda mungkin tidak boleh menggunakan sebahagian dari Servis kami.

 

Contoh Cookie yang kami gunakan:

•     Cookie Sesi. Kami menggunakan Cookie Sesi untuk mengendalikan Servis kami.

•     Cookie Keutamaan. Kami menggunakan Cookie Keutamaan untuk mengingati keutamaan dan pelbagai tetapan anda.

•     Cookie Keselamatan. Kami menggunakan Cookie Keselamatan untuk tujuan keselamatan.

Penggunaan Maklumat

Goldina International menggunakan maklumat yang dikumpul untuk pelbagai tujuan:

•     Untuk memberi dan mengekalkan Servis

•     Untuk memberitahu anda tentang perubahan pada Servis kami

•     Untuk membenarkan anda untuk mengambil bahagian dalam ciri-ciri interaktif Servis kami apabila anda memilih untuk melakukannya

•     Untuk memberi khidmat dan sokongan kepada pelanggan

•     Untuk memberi analisis atau maklumat bernilai supaya kami boleh menambah baik Servis

•     Untuk memantau penggunaan Servis

•     Untuk mengesan, mengelak dan menangani isu teknikal

Pemindahan Maklumat

Maklumat anda, termasuk Maklumat Peribadi, mungkin dipindah kepada dan dikekalkan pada komputer yang berada di luar negeri, daerah, negara atau bidang kuasa kerajaan lain dimana undang-undang perlindungan maklumat mungkin berlainan dari yang di dalam bidang kuasa anda.

 

Jika anda berada di luar Malaysia dan memilih untuk memberi maklumat kepada kami, sila ambil perhatian bahawa kami akan memindah maklumat, termasuk Maklumat Peribadi, ke Malaysia, dan memprosesnya di sana.

 

Persetujuan anda kepada Dasar Kerahsiaan ini diikuti dengan penyerahan maklumat tersebut mewakili persetujuan anda untuk pemindahan itu.

 

Goldina International akan mengambil semua langkah munasabah yang diperlukan untuk memastikan maklumat anda dijaga dengan selamat dan selaras dengan Dasar Kerahsiaan ini dan tiada pemindahan Maklumat Peribadi anda akan berlaku pada mana-mana organisasi atau negara melainkan terdapat kawalan secukupnya termasuk keselamatan maklumat anda dan maklumat peribadi lain.

Pendedahan Maklumat
Keperluan Undang-undang

Goldina International mungkin akan mendedahkan Maklumat Peribadi anda dengan kepercayaan yang baik bahawa tindakan tersebut adalah perlu untuk:

•     Untuk mematuhi tanggungjawab undang-undang

•     Untuk melindungi dan mempertahankan hak atau harta Tetapan Urban

•     Untuk mengelak atau mengkaji kemungkinan kesalahan yang dilakukan yang berkaitan dengan Servis

•     Untuk melindungi keselamatan peribadi pengguna Servis atau orang awam

•     Untuk melindungi dari liabiliti undang-undang

Keselamatan Maklumat

Keselamatan maklumat anda adalah penting bagi kami, tetapi ingat bahawa tiada kaedah penghantaran melalui Internat, atau kaedah penyimpanan elektronik adalah dijamin selamat 100%. Walaupun kami berusaha menggunakan cara yang boleh diterima secara komersial untuk melindungi Maklumat Peribadi anda, kami tidak dapat menjamin keselamatan mutlaknya.

Pembekal Servis

Kami mungkin mengupah syarikat dan individu ketiga untuk memudahkan Servis kami ("Pembekal Servis"), untuk memberi Servis bagi pihak kami, untuk melakukan khidmat berkaitan dengan Servis atau untuk membantu kami menganalisis bagaimana Servis kami digunakan.

 

Pihak ketiga ini mempunyai akses kepada Maklumat Peribadi anda untuk melakukan tugasan ini bagi pihak kami dan diwajibkan untuk tidak mendedahkan atau menggunakannya untuk sebarang tujuan lain.

Analitik

Kami mungkin menggunakan Pembekal Servis pihak ketiga untuk memantau dan menganalisis penggunaan Servis kami.

•     Google Analytics

Google Analytics ialah servis web analitik yang ditawarkan oleh Google yang menjejak dan melapor trafik laman web. Google menggunakan maklumat yang dikumpul untuk menjejak dan memantau penggunaan Servis kami. Maklumat ini dikongsi dengan servis Google yang lain. Google mungkin menggunakan maklumat yang dikumpul untuk mengkontekskan dan memperibadikan iklan rangkaian pengiklanan ia sendiri.

 

Untuk lebih maklumat tentang amalan kerahsiaan Google, lawati laman web Kerahsiaan & Terma Google:

https://policies.google.com/privacy?hl=en

•     Firebase

Firebase ialah servis analitik yang diberi oleh Google Inc.

 

Anda boleh memilih untuk keluar dari sesetengah ciri Firebase melalui tetapan peranti mudah alih anda, seperti tetapan pengiklanan peranti anda atau dengan mengikut arahan yang diberi oleh Google dalam Dasar Kerahsiaan mereka:

https://policies.google.com/privacy?hl=en

 

Kami juga menggalakkan anda untuk menyemak dasar Google untuk melindungi maklumat anda: https://support.google.com/analytics/answer/6004245. Untuk lebih maklumat tentang apa jenis maklumat yang dikumpul Firebase, sila lawati laman  web Kerahsiaan & Terma Google: https://policies.google.com/privacy?hl=en

Pautan untuk Laman Lain

Servis kami mungkin mengandungi pautan pada laman lain yang tidak dikendalikan oleh kami. Jika anda menekan pautan pihak ketiga, anda akan dibawa kepada laman pihak ketiga tersebut. Kami sangat menasihati anda untuk menyemak Dasar Kerahsiaan setiap laman yang anda lawati.

 

Kami tidak mempunyai kawalan dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, dasar kerahsiaan atau amalan mana-mana laman atau servis pihak ketiga.

Privasi Kanak-kanak

Servis kami tidak boleh digunakan oleh sesiapa yang dibawah umur 18 tahun ("Kanak - kanak").

 

Kami tidak mengumpul maklumat peribadi dengan segaja dari sesiapa yang di bawah umur 18 tahun. Jika anda adalah ibubapa atau penjaga dan tahu yang anak anda telah memberi kami Maklumat Peribadi, sila hubungi kami. Jika kami sedar yang kami telah mengambil Maklumat Peribadi dari kanak-kanak tanpa pengesahan kebenaran ibubapa, kami akan mengambil langkah untuk mengeluarkan maklumat tersebut dari pelayar kami.

Perubahan pada Dasar Kerahsiaan ini

Kami mungkin mengemaskini Dasar Kerahsiaan kami dari masa ke semasa. Kami akan memberitahu anda tentang sebarang perubahan dengan meyiarkan Dasar Kerahsiaan baru pada laman ini.

 

Kami akan memberitahu anda melalui emel dan/atau notis kekal pada Servis kami, sebelum perubahan itu berkuat kuasa dan mengemas kini “tarikh kuat kuasa” di atas Dasar Kerahsiaan ini.

 

Anda dinasihatkan untuk menyemak Dasar Kerahsiaan ini secara berkala untuk sebarang perubahan. Perubahan pada Dasar Kerahsiaan ini berkuat kuasa apabila ia disiarkan pada laman ini.

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang soalan berkenaan Dasar Kerahsiaan ini, sila hubungi kami:

•  Melalui emel: customerservice@goldina.com

•  Melalui nombor telefon: +603 6412 3488

Kini Anda Boleh Memiliki Emas dengan Minimum RM1.00*
Muat turun untuk menebus emas PERCUMA anda sekarang!
badge_appstore.png
badge_googleplay.png

*Tertakluk kepada Terma & Syarat